Thursday, November 27, 2008

Waktu Haram Solat

Assalamualaikum....

Berdepan dengan zaman yang penuh keduniaan ini, ramai umat Islam terleka dalam mengerjakan ibadat solat....

Seringkali kita menunaikan ibadat solat ini di hujung waktu tanpa mengambil kira waktu-waktu yang diharamkan ke atas kita melakukannya...

Di sini, ingin saya menyatakan waktu-waktu yang haram kita bersolat antaranya ialah:-

1. Waktu Syuruk iaitu 28 minit selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit.
Contohnya subuh dari 5.45 pg - 7.10 pg jadi 7.10 pagi + 28 minit = 7.38pg.
Oleh itu dari jam 7.10pg - 7.38pg adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana
Tanduk Syaitan berada di antara matahari.

Rasulullah s.a.w mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai orang yang menyembah matahari.
Jika terbangun dari tidur pada jam 7.10pg dan ingin mengqada'kan solat subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu....

2. Waktu Zawal /Istiwa / Rembah iaitu matahari berada tegak di atas kepala.
Apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita.
Waktu inilah Api Neraka sedang mengelegak ( bergeledak ) dan syaitan berkeliaran.
Waktu ini panjangnya dalam 5 - 10 minit sebelum masuk waktu Zohor.

Waktu Afdal / Fadilat untuk menunaikan solat ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20 minit selepas azan. Pahala yang paling besar diberikan kepada mereka yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat kecuali Isya', afdalnya sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30 malam.

Wallahu 'Alam....

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?

Dari Abdullah bin 'Amr r.a " Rasulullah s.a.w bersabda, Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat.."

Selamat Beramal....



Waktu Haram Solat


Kata-Kata Hikmah

“Pedoman untuk hati”

KATA -KATA HIKMAH KHULAFA’ AR-RASYIDIN

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:

  1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
  2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
  3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
  4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

  1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
  2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
  3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
  4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

  1. Hatinya selalu berniat suci
  2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
  3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
  4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
  5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:

  1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’
  2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia
  3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
  4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’
  5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
  6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
  7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
  8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’, sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati

Merenjis Bersanding

Merenjis, bersanding juga ada unsur agama lain'- Mufti
Harakahdaily
Thu | Nov 27, 08 | 9:29:44 am MYT

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Hrkh) - Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin. telah menegur pihak Majlis Fatwa Kebangsaan supaya memberi alternatif pada fatwa yoga dengan membuang unsur yang bertentangan dengan agama Islam.

Iklan
Beliau menasihatkan agar Majlis Fatwa tidak terlalu kaku dalam mengeluarkan fatwa dan memberi alternatif yang memisahkan amalan yoga yang mengandungi unsur agama dengan amalan yoga untuk kebaikan kesihatan. "Saya bukan kata fatwa itu salah. Memanglah apa saja perlakuan yang menyerupai agama lain itu haram. Kita sepatutnya pisahkan bacaan atau mentera dalam senaman yoga itu sendiri. Jangan ada sebarang unsur-unsur syirik yang menyamai agama lain. "Majlis Fatwa jangan hanya mengharamkan saja tapi berilah alternatif," katanya yang dipetik daripada laman web. Katanya banyak lagi amalan-amalan sukan yang diambil dari budaya lain seperti tai chi, judo, taekwando dan semua sukan tersebut bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan. Katanya seseorang perlu meningggalkan yang bertentangan sahaja, samada pergerakan, bacaan atau kepercayaan namun boleh mengekalkan pergerakan yoga yang baik untuk kesihatan. "Semua sukan ini bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan. "Kenapa tak kaji amalan-amalan lain yang ada unsur Hindu seperti tepung tawar, bersanding, merenjis. Semua ini boleh dibahaskan...," kata Dr Asri.-Hrkh _

Friday, November 14, 2008

Hikmah Angka Dalam Islam

Assalamualaikum…

ANGKA 1:
Istiqamah itu satu jalan, awalnya kemulian, pertengahannya keselamatan, dan akhirnya adalah syurga yang menanti.



ANGKA 2:
Dua titisan yang sangat bernilai di hari akhirat dapat memadamkan kepanasan api di padang mahsyar :
1) Air mata orang yang menangis {bertaubat kepada Allah} terutama di malam hari.
2) Darah para syuhada di medan jihad fisabilillah.



ANGKA 3:
Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan kebahagian hidup Rasulullah SAW:
1) Bau-bauan yang harum {wangi}
2) Isteri yang solehah
3) Cahaya mataku di dalam sembahyang.



ANGKA 4:
Berkata Syaidina Ali karamullahu wajhah: "Barangsiapa yang diberikan kepadanya empat perkara sesungguhnya dia telah di beri kebaikan dunia dan akhirat":
1) Sifat warak yang memeliharanya daripada apa yang diharamkan oleh Allah.
2) Dia hidup bersama masyarakat dengan akhlak yang penyantun.
3) Malu yang meneghnya dari kejahilan orang-orang jahil.
4) Juga isteri solehah yang membantunya dalam urusan dunia dan akhirat.



ANGKA 5:
Berkata seorang soleh: Ubat bagi hati itu ada pada lima perkara:
1) Membaca al-quran dengan tadabbur {ulang2}
2) Kosong perut.
3) Melakukan qiamullail.
4) Memohon ampun di waktu sahur.
5) Mendampingi orang-orang soleh {ulamak}



ANGKA 6:
Enam cara-cara menghindarkan dari iblis:
1) Bertaqwa kepada Allah di mana sahaja.
2) Selalu meminta pertolongan daripada Allah.
3) Selalu berzikir dan berwirid.
4) Memperbaharui taubat.
5) Memperbanyakkan istighfar
6) Selalu meningkatkan dan memperkemaskan ibadah di samping asasnya ilmu yang bermanafaat.



ANGKA 7:
Tujuh anak-anak rasulullah SAW:
1) Qasim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Fatimah
7) Umi kalsum



ANGKA 8:
Senjata-senjata perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada Islam dan umatnya:
1) Air mata
2) Merajuk dan suka bermanja -manja
3) Berhias diri dan bergaya
4) Berpura -pura sakit
5) Senyuman
6) Penipuan
7) Kata-kata yang manis
8) Mempertakuti bahawa ia akan lari.



ANGKA 9:
Bila taqwa tidak ada, maka para ulama akan dikuasai oleh sembilan nafsu-nafsu berikut:
1) Sombong atau ego
2) Ujub dan riak
3) Hasad dengki
4) Susah untuk menerima kebenaran dari orang lain
5) Ingin berlawan terutama sesama ulama
6) Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia, pangkat dan wang ringgit
7) Pemarah
8) Ingin d hormati {gila puji}
9) Kalau mampu akan hidup bermewah- mewah.



ANGKA 10:
Ada sepuluh macam orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput di dalam kubur dan mereka akan bangun ke padang mahsyar dengan tubuh yang asal dari kubur:
1) Para nabi dan rasul
2) Para ahli jihad {mujahid}
3) Para ahli ulama
4) Para syuhada
5) Huffazul quran
6) Imam atau pemimpin yang adil
7) Muazzin
8) Wanita yang mati kerana kelahiran{beranak}
9) Orang yang mati di bunuh atau dianiaya
10) Orang yang mati pada siang atau d malam jumaat....

WASSALAM.... .

Friday, October 31, 2008

Muhasabah Sirah Nabi

Muhasabah: Amat Penting Mendalami Sirah Nabi

Ustaz Zainudin Hashim
Fri | Oct 24, 08 | 11:36:58

Benarlah kenyataan sebahagian para ulama setelah tamat menjalani proses tarbiyah pada bulan Ramadan, mereka mengingatkan kita pula agar jangan lupa untuk terus bermohon dengan menadah tangan ke hadrat Allah Yang Maha Besar dalam segala hal, supaya kita sentiasa diberikan petunjuk hidayah-Nya ke jalan kebenaran.


Apa kita mengamati kenyataan itu, memang ada kebenarannya, kerana bukan semua orang Islam khususnya dalam negara kita ini yang terus komited dengan Islam.

Mengapa tidak, sebulan kita berpuasa pada siang hari dan waktu malam bersolat Isyak dan Tarawih bertujuan untuk mensucikan hati, tiba-tiba ada sebahagian mereka merosakkan hati dengan program hiburan pada malam raya, tidakkah tindakan itu menyalahi ajaran baginda Rasulullah s.a.w.

Kita perlu sedar, bahawa petunjuk hidayat Allah tidak terhenti untuk dipohon pada Ramadan sahaja, malah ia perlu dilakukan sepanjang masa agar seluruh agenda hidup kita menepati tuntutan daripada ajaran baginda Rasulullah s.a.w.

Seminggu selepas raya anak-anak kita telah menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan SPM tidak berapa lama lagi.

Jika kita termasuk dalam senarai kategori ibu bapa yang benar-benar mendapat hidayat Allah, betapa bahagianya kita apabila doa-doa kudus kita mengiringi anak-anak kita yang menduduki peperiksaan sekali gus diterima di sisi Allah SWT dan akan menganugerahkan kepada mereka kejayaan yang cukup cemerlang dalam hidup mereka.

Para ulama juga berpesan, ketika menyambut hari raya janganlah kita lupa pula untuk memperdalami Sirah Nabi Muhammad s.a.w., kerana ia merupakan rujukan penting buat kita bagi menerajui kehidupan berteraskan kebenaran yang ditonjolkan bagi dalam sirahnya itu.

Kenyataan mereka ada kebenarannya, kerana Sirah Nabi Muhammad s.a.w. pernah didefinisikan oleh ulama-ulama sirah seperti Syeikh Muhammad al-Ghazali, Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Dr Munir Muhammad al-Ghadban antara lain: Sirah Nabi Muhammad itu adalah pelaksanaan Islam secara praktikal, contoh terbaik bagi mendirikan sebuah Negara Islam, ia juga merupakan sumber pelaksanaan undang-undang Islam dan akhlak-akhlak Islam.

Apabila kita teliti dengan saksama definisi Sirah yang dilontarkan oleh mereka, kita dapat menyelami maksud bahawa segala tindakan, cara hidup, cara bermuamalah, berpakaian, berpolitik, berjiran, mentadbir negara dengan undang-undang Islam dan banyak lagi, semuanya dipraktikkan oleh Nabi yang juga melaksanakan Islam dalam bentuk yang menyeluruh.

Alangkah sedihnya apabila kita dibekalkan oleh para pentazkirah yang diundang khas untuk menyampaikan tazkirah di surau atau masjid yang berdekatan dengan rumah kita pada sebulan Ramadan, banyak pengisian, maklumat agama dan semasa berpaksikan ilmu-ilmu al-Quran, hadis Nabi, Sirah dan lain-lain, ia bertujuan untuk menjadikan kita insan-insan yang dapat mempraktikkan Islam dalam Ramadan dan Syawal, tiba-tiba ada perkara yang merosakkan pahala secara sedara ataupun tidak.

Sebagai contoh, Nabi Muhammad s.a.w. telah mencontohkan kepada kita secara praktikal cara bermuamalat sesama ahli keluarga dengan menjaga batas-batas aurat dengan sempurna, walaupun termasuk ipar duai, biras ibu saudara atau anak saudara perempuan isteri yang bukan mahram dengan kita atau sebaliknya.

Bayangkan pada hari raya baru-baru ini, kita pulang ke kampung untuk menyambutnya dengan girang dan gembira sebagai tanda kesyukuran kepada Allah kerana berjaya menjalani ujian puasa sebulan di siang hari, kita berkumpul dengan ahli keluarga yang besar jumlahnya, termasuk kakak-kakar ipar, adik-adik ipar perempuan, biras perempuan yang tidak memahami batas-batas aurat sehingga mereka hanya berhijab (bertudung kepala) ketika dalam perjalanan pulang dalam kereta, tetapi membukanya setelah sampai di rumah mentua mereka.

Tidakkah itu yang pernah dikatakan oleh Nabi, bahawa mati lebih baik daripada kita melihat aurat mereka, ia berlaku dalam rumah kita atau rumah mentua kita sendiri, tidakkah itu satu kemungkaran yang mesti ditangani, Nabi mengajar kita supaya mengubah kemungkaran dengan kuasa yang ada, kalau tidak pun dengan lidah (bercakap) mengenai kemungkaran itu atau pun hanya sekadar berdoa dalam hati yang dianggap selemah-lemah iman.

Kenapa kita mampu mengubahnya? Sanggupkah kita melihat rumah kita sendiri dipenuhi dengan perkara yang dibenci Allah? Pada waktu yang sama kita dibekalkan maklumat agama dalam tazkirah yang disampaikan pada malam-malam Ramadan.

Apakah kita sanggup melihat saban tahun menyambut hari raya dalam keadaan kita berdosa kepada Allah SWT? Kalau persekitaran kita pada hari ini tidak bersifat Islamik kerana tidak mampu untuk membendung kemungkaran, mengapa kita membiarkan kemungkaran yang sama juga melanda rumah tangga kita? Di sinilah letaknya keupayaan dan keberkesanan ilmu yang kita garap sebelum dan selepas Ramadan.

Ini menunjukkan bahawa, pentingnya ilmu-ilmu fiqh yang menceritakan persoalan hukum-hukum agama, akidah yang memantapkan kepercayaan kita kepada Allah, Sirah Nabi yang mencontohkan Islam secara praktikal, ilmu tafsir yang menghuraikan isu-isu semasa, hadis-hadis Nabi yang memimpin kita ke jalan kebenaran.

Justeru, kita perlu mengintegrasikan ilmu-ilmu tersebut dalam satu tubuh badan kita sebagai Muslim yang komited kepada Islam. Mengapa kita masih tidak mahu memantapkan diri dengan ilmu-ilmu tersebut, kita masih mahu membuang masa dengan perkara-perkara yang tiada kaitan langsung dengan Islam.

Ingatlah wahai saudara-saudariku sekalian, kematian tidak mengenal usia atau memilih kedudukan seseorang, ia akan menjemput kita menghadapi Allah SWT. Biarlah ketika nyawa kita dicabut, kita berada dalam keadaan dan suasana yang amat disukai Allah, sama ada ketika membaca al-Quran, mendengar kuliah agama, memberi nasihat atau motivasi yang baik-baik kepada anak-anak kita, memantau pembelajaran mereka dan sebagainya, apatah lagi ketika kita sedang tunduk dan sujud kepada-Nya.

Sesungguhnya memperkasa diri dengan Sirah Nabi banyak membantu kita untuk mengislamisasikan agenda hidup, termasuk mentadbir negara dengan undang-undang Islam yang dicipta khusus kepada kita oleh Allah SWT Yang Maha Bijaksana.

Tuesday, October 28, 2008

Renungan dan Tazkirah

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara
bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,
kerana orang tua yang baikadalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua,
yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K :-
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Renung-renungkan dan selamat beramal…

Harimau, Buaya, Tikus & Madu

Releks Sekejap

Renungan untuk semua...renunglah betapa kecilnya kita di bumi Allah ini... Jadikan kisah
ini sebagai pengajarn dan peringatan buat kita semua...


Adalah seorang hamba ALLAH ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia
menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi...


Jeng!Jeng!Jeng!...bunyi....AAUUUMMMMM!!!!!


Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba
ALLAH ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba ALLAH ni.
Sebab dia dah lapar sangat ni…


Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar.


Hamba ALLAH ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar
dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa ALLAH
diperlihatkan sebuah perigi di depan mata dia. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba
ALLAH ni pun terjunlah ke dalam perigi.


Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba ALLAH ni bergayut pada tali tu. Tali tu
pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yang
lapar tu menunggunya.


Si hamba ALLAH ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil
berdoa kepada ALLAH agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat,
tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.


AAAAA!!!!... Ya ALLAH..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu?


Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si
hamba ALLAH ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah
berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-
celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba ALLAH tu bergayut.


Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh....


Cam ner ni. kemudian, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali
tadi, Cit!Cit! Cit!Cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu.
Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya .


Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh
ke bawah makan dek buaya.


Macam mana nih... Sedang hamba ALLAH tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,
tetiba.... terdengar satu bunyi.... BZZZZZ BZZZZZ... bunyi lebah bawa madu. Si hamba
ALLAH ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yang sedang bawa madu.


Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba ALLAH ni tadi.
Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.


Hamba ALLAH tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
Sedapnya.


SUBHANALLAH sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba ALLAH tu lupa
pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di
bawah.


Kalau semua nak tahu , si hamba ALLAH itu adalah kita semua. Harimau yang mengejar
tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah Malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti.



Tali yang tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya
maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.


Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa
menghakis umur kita.

Madu...,madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.
Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan
buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada ALLAH. Waktu susah baru la
nak ingat ALLAH.

Thursday, October 23, 2008

Kontrak Sosial Malaysia

MEMAHAMI KONTRAK SOSIAL DAN KEDUDUKANNYA MENURUT PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Oleh: MOHAMAD SYAFIQE BIN ABDUL RAHIM


PENGENALAN

Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang hidup harmoni. Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik namun konflik antara kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah sehingga menghancurkan negara.


Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan kerakyatan.


Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan oleh sikap kaum-kaum yang ada di tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah dan perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi. Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang perbezaan dan menjejaskan perpaduan.[1]


APA ITU KONTRAK SOSIAL?

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.[2] Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.[3]


Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.[4] Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak.[5] Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.[6] Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia.


Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.


Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini.[7] Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.


ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.[8][9] Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu (yang lain).


Ini seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman:

“Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbua oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu.” [10]


Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum.[11][12] Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Seperti yang diterangkan oleh Mohamed Suffian:


“Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi kewarganegaraan kepada orang-orang Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi negara ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu”


Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.


Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan.[13] Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Di antaranya ialah:


  1. KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Beberapa abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Mereka diperintah oleh sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat setia. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Semasa pemerintahan British pun raja-raja masih dianggap sebagai raja yang berdaulat[14] dan masih lagi mempunyai kuasa bagi hal-hal tertentu bagi negeri masing-masing meskipun mereka dipaksa menerima beberapa triti dengan British untuk menerima penasihat British.


Apabila akhirnya kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan.[15] Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan.[16]


Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri.[17] Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan[18] dan merupakan salah satu unsur utama daripada tiga unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen.[19]


Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutun membuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan[20] boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.[21]


Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu ianya orang Islam. Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu) yang mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu dan Muslim. Perbincangan tentang pemerintahan berja tidak akan lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan kekebalan (imunity) raja. Perlembagaan memperuntukan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah.[22]


Negara ini masih bernasib baik dengan mewarisi sistem raja-raja yang melambangkan kuasa Islam. Pada masa ini Perkara 3(2) merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam persekutuan, Raja atau Sultan adalah ketua agama Islam kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.


2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukan-peruntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam beberapa perlembagaan negeri.[23]


Di sisi undang-undang perlembagaan, erti ”Melayu” ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat asas; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat Melayu (Perkara 160). Dengan hanya mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii) belum sempurna lagi ke Melayuan seseorang itu di sisi Perlembagaan. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka.


Setelah mengimbas kembali siapa itu Melayu, perlu kini kita amati Perkara 153 yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu yang bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. Peruntukan Perkara 153 adalah seperti berikut;


Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu.


(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.


(2) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini.


Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.[24][25] Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.


Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan.[26]


Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak.[27] Ia diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan dalam perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini juga dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan.[28]


3. KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang Melayu) di Malaysia.


Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:

“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”[29]


Menurut Tun Salleh Abbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan.[30] Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam.[31]


Orang Melayu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini ditakrifkan dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang menganut agama Islam, yang lazim bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.


Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa “Islam adalah agama bagi persekutuan” membayangkan apa yang telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain.


Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“. Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk:


a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri


b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan


c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang


Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggara atau membantu penubuhan atau penyelenggaraan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu.[32] Oleh itu, kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya. Peruntukan seumpama itu jelas disahkan oleh Perkara 12(2).


4. BAHASA MELAYU

Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya.


Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan:


“Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan menegmbangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain.Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju”[33]


Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan yang menyebut:


(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:


Dengan syarat bahawa-


(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan


(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.


Hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.[34]



Rujukan

[1] Nazaruddin Mohd Jalil et.al (2001) “Pengajian Malaysia:Kenegaraan dan Kewarganegaraan“, Petaling Jaya : Prentice Hall, hal. 151

[2] Syed Ahmad Hussein(1994), Pengantar Sains Politik, Kuala Lumpur : USM, hal. 189

[3] Ibid.

[4] Lihat dalam Kamus Dewan

[5] Ibid.

[6] Ibid.

[7] Mohamed Jauhar Hassan, “Keadilan Sosial dan Hubungan Kaum dalam Konteks Masyarakat Yang Berubah” dalam Keadilan Sosial, Azizan Bahari dan Chandra Muzaffar (edi.) (1996), Kuala Lumpur : Institut Kajian Dasar, hal. 147-148

[8] Ahmad Mohd Ibrahim (Prof. Tan Sri Datuk), “Prinsip-Prinsip Perlembagaan Islam dalam Perlembagaan Malaysia“, dalam Seminar Persidangan Pemerintahan Islam, anjuran IKIM pada 17 dan 18 Ogos 1995

[9] YAM Sultan Azlan Shah, “The Role of Constitutional Rulers in Malaysia” dalam The Constitution of Malaysia Further Perspectives and Development, F.A Trindade dan H.P. Lee (ed.) (1998), Singapura : Oxford University Press, hal. 78

[10] Malaya Merdeka, 26 April 1956

[11] Mohamed Suffian Hashim (1984), Mengenal Perlembagaan, (terj.) Abdul Majid Abd. Latiff dan Ridzuan Omar, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 24

[12] Ibid, hal. 251

[13] Abdul Aziz Bari, “Perlembagaan sebagai Pernyataan Sejarah dan Nilai-Nilai asal Negara” dalam Kongres Sejarah Malaysia II, 26-28 November 1996

[14] Lihat misalnya dalam kes Mighell lwn Sultan Johor [1894] 1 QBD 149

[15] Salleh Abbas (1997), Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, hal. 39

[16] Abdul Aziz Bari, “Institusi Ketua Negara, Ketua Negeri dan Majlis Raja-Raja” dalam Perkembangan Undang-Undang Persekutuan Malaysia, Ahmad Ibrahim et.al (1999), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, hal. 43

[17] Perkara 39 dan 40

[18] Perkara 41

[19] Perkara 44

[20] Perkara 159(5)

[21] Perkara 38(4)

[22] Perkara 18(1) yang asal, yang memberi imuniti raja secara mutlak telah dipinda pada 1992. Akibat pindaan ini, raja boleh didakwa tetapi perbicaraan ke atasnya hanya boleh dijalankan dalam Mahkamah Khas. Lihat juga Perkara 182 dan 183

[23] Nazaruddin Hj Mohd Jali, op. cit., hal. 181

[24] Salleh Abbas, op. cit., hal. 54

[25] Ibid.

[26] Nazaruddin Hj Mohd Jali, op. cit.

[27] Salleh Abbas, op. cit., hal. 55

[28] Ibid.

[29] Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan

[30] Salleh Abbas (1986), Traditional Element of Malaysia Constitutions : Its Development 1957-1977, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, hal. 3

[31] Ahmad Ibrahim 1987), “Islam and Constitutions” dalam Kertas Kerja Persidangan The Malaysia After 30 Years, Kuala Lumpur : Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya

[32] Perkara 12(2)

[33] Perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan, 10 Julai 1957

[34] Salleh Abbas, op.cit., hal. 52

Tuesday, October 21, 2008

Kelebihan Solat

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal




HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Tuesday, October 7, 2008

Bila Allah Makbulkan Doa



Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat
Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,

Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang
ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.."

Selamat Hari Raya

Assalamu'alaikum buat sahabat-sahabat......

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

Salam 'Idul Fitri buat ukhwah terutama sahabat-sahabat Al-Falah JatiDiri khasnya buat Ummi yang sudah lama hilang khabar berita semoga beliau sihat wal'afiat disamping keluarga dan anak-anak tersayang.....

Sempena bulan yang penuh dengan kemuliaan saya mengharapkan sahabat-sahabat dapat meneruskan ibadah-ibadah yang telah banyak dilaksanakan di bulan Ramadhan...Moga-moga kita sentiasa beriltizam meneruskan amalan-amalan sebelum ini......

Di Syawal ini, saya mendoakan agar kita semua kembali kepada Fitrah iaitu kembali kepada Allah, ikut suruhanNya dan tinggal laranganNya.

Semoga Kehadiran 'Idul Fitri tahun memberi penuh bermakna dan kebahagian dengan mengiratkan silaturrahim, mengukuhkan ukhwah yang semakin terputus......





Sempena Syawal yg tiba dan Ramadan yg hamper penghujung, saya ingin mengambil kesempatan mohon Shaking Hands, dihalalkan Burger 2Soda Cup 2Gossip.
Kira High Five dah le. Selamat pulang ke kg halamanHouse. Jgn lupa Lock DoorWindow, Laundry jgn lupa angkat Clothes LinePerkakas elektrik jgn lupa di OFF, Sweeping rumah, Ironing baju supaya senang di kg nanti. Mana yg Convertible berhati-hati di jalan raya, pastikan kereta yg dipandu Truck & Car Washdan jgn Road Rage jika h/way jam.Yg naik Airplane Bus, Bike Riding, Conductor Cruising berhati-hati. Yang memandu Convertible & Motorcyle 2jgn ingat mcm di NASCAR, silap haribulan Police Car kejar kena saman. Hati-hati dgn Rubber DuckChicken 2 DuckCow 3yg suka melintas. Sesiapa yg ada bela FishyKitty jgn ditinggal kelaparan. Kalau mengantuk singgah berehat sekejap ChocolateOrange JuiceSalad (mlm ajelah). Baby Bottle anak jgn lupa. Nampak sign board Place Setting Women's RoomMen's Room berenti le kejap. Pekena Hot Chocolate syok juga. Jgn nanti naik keje ada yg DoctorSling. Jgn makan lebih-lebih nanti Sick In Bed susah sdn.
Ingat-ingat makan mana yg diet jgn lupa, nanti masa puasa turun 5kg
WeighingScale, naik raya tambah 10kg Fat Woman 4baru ia. Welcome HomeSemoga selamat sampai ke kg & pulang kerumah semula. Ingatlah Family Portrait tercinta.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



MAAF ZAHIR & BATIN