Monday, August 18, 2008

BAHAYA SEKS KETIKA HAID

Untuk Makluman dan Ilmu Pengetahuan Ukhwah Semua


Islam mengharamkan seks ketika waktu haid.


Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya :


“Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya.” (Surah Al-Baqarah ayat 222)


Mengikut Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan yang beribu pejabat di Oregon, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.


Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.


Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy.


Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996.


Wallahua'lam

Wassalam

Israk Mikraj Bulan Rejab

Muslimin yang dirahmati Allah,

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala apa jua larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Sekarang kita berada di bulan Rejab, dimana pada bulan ini telah mencatatkan satu sejarah yang sentiasa diingati oleh seluruh umat Islam pada setiap tahun. Pada bulan inilah berlakunya peristiwa agung Israk dan Mikraj Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu pada 27 Rejab.

Peristiwa Israk dan Mikraj ialah dimana Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah diisrakkan (diperjalankan) dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin dan telah dimikrajkan (dinaikkan) ke langit menuju ke Sadratul Muntaha. Dalam peristiwa tersebut, Baginda telah menyaksikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala dan Baginda juga telah diperlihatkan dengan berbagai-bagai kejadian dan peristiwa aneh yang menunjukkan keadaan perilaku manusia dengan balasan-balasan yang bakal mereka terima.

Marilah kita merenung satu peristiwa dimana Allah Subhanahu Wata'ala telah memperlihatkan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam perihal seorang lelaki sedang memikul barang, yang tidak kuat atau mampu untuk dipikulnya, namun lelaki tersebut masih ingin menambah pikulannya itu dengan memasukkan barang-barang lain, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya tentang perihal orang itu lalu Jibrail Alaihissalam pun menjawab

'Ia adalah orang yang suka membawa amanat meskipun ia tidak sanggup untuk menunaikannya. Namun begitu ia masih juga mahu menambah dengan amanah yang baru'.

Dari peristiwa itu tadi, kita hendaklah berhati-hati dalam memikul sesuatu amanah. Janganlah kita menyanggupi sesuatu amanah yang kita sendiri tidak mampu hendak menunaikannya. Ini kerana amanah merupakan satu tanggungjawab yang amat besar dan berat untuk dilaksanakan dan ia bukanlah satu perkara yang ringan dan mudah. Oleh kerana irulah makhluk di alam ini tidak sanggup untuk memikulnya kecuali manusia, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Ahzab ayat 72 tafsirnya :

"Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah kami kepada langit dan bumi serta gunung-ganang untuk memikulnya, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya dan pada ketika itu manusia dengan persediaan yang ada padanya sanggup memikulnya. Ingatlah sesungguhnya tabiat kebanyakkan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan".

Dari ayat tersebut jelaslah kepada kita bahawa amanah hanyalah sanggup dipikul oleh manusia, namun berapa ramaikah yang mampu melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan sempurna? Apa yang mendukacitakan terdapat segelintir orang yang berlumba-lumba untuk mengajar keduniaan sehinggakan amanah yang sepatutnya dilaksanakan itu diabaikan dan dicuaikan, bahkan ada yang sanggup membuat penyelewengan seperti mengamalkan rasuah, menyalahgunakan kuasa dan lain-lain lagi untuk mencapai matlamat yang diingini.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memberi peringatan kepada umatnya bahawa hilangnya sifat amanah dalam masyarakat merupakan di antara tanda kecil berlakunya Hari Kiamat. Sebagaimana hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abi Hurairah Radiallahuanhu dia berkata : Di dalam satu majlis, ketika Rasululllah Sallallahu Alaihi Wasallam berbicara dengan orang ramai, datanglah seorang Arab badwi lalu bertanya bilakah akan berlakunya Hari Kiamat? Tatkala Baginda selesai berbicara dengan orang ramai Baginda pun menjawab soalan orang badwi tersebut? yang maksudnya :

"Lalu Baginda bersabda : Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat. Orang Arab badwi itu bertanya lagi, bagaimanakah menghilangkan amanah itu ya Rasulullah? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab, apabila amanah itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah Kiamat". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Muslimin yang dirahmati Allah,

Kita mesti menanamkan sifat amanah dalam setiap keadaan, baik dalam keluarga, pekerjaan dan bermasyarakat. Kerana pengabaian sifat amanah boleh membawa kepada kerosakkan dan penindasan. Kita selaku umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam hendaklah menjalankan amanah tersebut dengan sebaik-baiknya. Sedarlah bahawa iman seseorang mukmin itu akan bertambah sekiranya segala amanah itu dipikul dengan penuh jujur dan ikhlas kerana Allah Subhanahu Wata'ala.

Akhirnya marilah kita sama-sama menjaga apa yang telah diamanahkan. Ingatlah bahawa Hari Kiamat pasti akan tiba, ambillah iktibar dari peristiwa Israk dan Mikraj tersebut, semoga dengannya dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhkan diri kita dari pelbagai perkara yang dilarang terutamanya pecah amanah dan sebagainya. Marilah kita sama-sama berdoa agar diri kita dan keluarga serta negara kita akan terhindar dari segala bala bencana dan malapetaka dan seterusnya mendapat perlindungan dan pemeliharaan Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Anfaal ayat 27 tafsirnya :

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui salahnya".

Wassalam

Kursus

Assalamualaikum sahabat-sahabat ukhwah....

Bulan Julai hingga bulan September 2008 ana banyak program-program sehingga tidak dapat nak update blog ini...


Hari ini baru selesai kursus penarafan jurulatih negeri PKK Sekangor.....,penat belum lagi hilang...
Bermula 16-18 Ogos 2008...

Sebelum ke kursus ini, ana terlibat dengan program motivasi konsultan dan selepas itu diteruskan dengan perkhemahan unit uniform sekolah...

Rasanya dah tak daya lagi....jadi selamat malam.....lailatus sa'iedah....good night.