Saudara seIslam,
Hari ini kita masih mampu bernafas di bumi Tuhan, ketika ini kita masih berkuasa mengatur langkah di sini tapi pernahkah kita sedari, adakah langkah kita benar dan adakah ayunan itu yang diredhai Allah?
Saudaraku,
Pada hari ini yang moga diberkati Allah
Cuba kita renungi diri kita ini..Cuba kita nilai diri kita ini..
Cuba kita muhasabah diri kita ini..
Wahai diri….pernahkah kita mengingati kisah hamba Tuhan yang bernama Masyitah
serta anak-anaknya. Tidak perlu saya mengambil tentang PALESTIN.
Saudaraku,
Adakah kalian sanggup terjun ke dalam air panas ini sebagaimana ayahmu?
Ibuku, Demi Agama Allah, kami ikhlas mengikuti Allah biarpun air panas ini pusara kami. Jangan ibu sekali-kali titiskan air mata kerana kami. Jangan ibu….Jangan bu…..!
Anakku, titisan air mata yang jatuh ini bukan kerana ibu menyesal atau kecewa menerima hukuman Firaun tetapi menggambarkan kebahagiaan ibu bahawa sesaat nanti kita hidup bahagia di taman syurga Allah !
Wahai diri…
Adakah perjuanganmu terhadap agama Allah sehebat Masyitah, seikhlas zuriatnya….? Aah betapa jahil diri ini.
Teman,
Pernahkah kita bayangkan penderitaan para sahabat sebelum perintah hijrah diturunkan? Aah….masih jahil diri ini kalau diri masih tidak mengerti apakah itu hijrah para sahaabt, apakah hijrah seorang rasul. Selangkah kita telah diizinkan hidup di bumi Allah ini serta menikmati nikmat hidup ini hampir berbelas malah berpuluh tahun telah berlalu!
Teman,
Kenapa hari ini, saat ini hati masih lalai pada Tuhan? Kenapa kita biarkan hari-hari berlalu tanpa sebarang keinsafan dan tanpa setitis kesedaran terhadap Tuhan?
Jua hari ini, hari semalam, kita masih mengagungkan kecantikan diri, menghiasi wajah dengan pelbagai kepalsuan dunia tanpa kita sedari bahawa yang perlu diagungkan hanya Allah.
Jika dipersoalkan pada diri – apakah yang kamu mahu syurga atau neraka?
“Aku mahu syurga” Tentu sepintas kilat jawapan dari bibir derhakamu tapi hari semalam, hari ini dan mungkin hari esok engkau masih leka pada hiburan
dunia. Mengerti teman… jika NAbi Muhammad masih hidup ketika ini tentu terucap kesedihan baginda tehadap kehidupan anak-anak Adam, akhir zaman.
Sedarlah saudaraku,
Hari Esok, jika masih ada buat kita, kita mula hidup baru, kita bangkit agama baru,
kita bina penghijrahan baru dalam hidup ini,
Jangan sekali-kali kita biarkan dan meratapi sesal apabila mengadap Tuhan
Jangan kita sesekali biarkan api neraka Allah membakar bengis diri ini.
Ingatlah saudaraku, siapa lagi yang akan kejutkan diri kita dari terus leka pada mimpi dunia kalau bukan diri kita sendiri
Sesungguhnya saudaraku, janji-janji Allah itu benar dan sesungguhnya nikmat syurga dan azab neraka itu juga benar.
Sama-sama kita bermuhasabah diri kerana hanya diri sendiri sahaja yang mampu dan boleh mengubah diri.