Thursday, May 22, 2008

Salam Perjuangan Seorang Ayah Yang Telah Kembali Ke Pangkuan Ilahi



Salam Ukhwah Salam Mujahidin Seorang Ayah Seorang Pejuang Yang Telah Kembali Ke Pangkuan Ilahi. Suatu ketika dahulu, suaramu dan gurau sendamu selalu terdengar di setiap tempat yang memerlukan mu dalam perjuangan untuk Islam. Tetapi kini, dia pergi dan takkan kembali lagi. Inilah dinamakan perjuangan. Kami sentiasa mendo’akanmu PakMan semoga di tempatkan di golongan para syuhada’…Al-Fatihah…

Luahan Cinta dari Seorang Anak Buat Ayah

Dia….Seorang ayah yang penyayang, Seorang pendidik yang berbakti, Tidak pernah kenal erti penat dan lelah, Meskipun ia susah dan payah, Dalam meniti perjuangan yang satu, Di sisi Tuhan yang maha esa..

Dia….Seorang insan yang memimpin diriku, Sentiasa mendengar rintihan hatiku, Mengajarku ilmu mengenal Tuhan, Pencipta diri ini…

Dia….Sentiasa berpesan kepada diriku…Ilmu akhirat wajib dipelajari, Bekalan untuk bertemu Ilahi, Ilmu duniawi boleh dicari, Panduan hidup untuk berbakti..

Dia….Adalah ayah..Adalah bapa..Adalah guru…Mengajarku tentang impian.. Impian menjadi anak yang soleh, Membantu ibu, menolong ayah… Agarku dapat berbakti di negeri abadi…

Dia….Mengajarku erti ketaatan,Mengasuhku erti kesolehan,Menjadi hamba yang terbaik disisi Tuhan,Untuk hati yang penuh kemuliaan,

Dia….Kini hanya tinggal kenangan yang tidak terperi, Ayah pergi jauh dan tidak kembali, Kerana ku tahu betapa kecilnya dunia ini, Yang disayangi hati lebih disayangi Ilahi,

Dia….Tidak pernah ku lupa…Setiap detik, setiap saat, Sentiasa ku ingat di dalam hati kecilku, Kerana ku tahu Allah menyayangimu…Ku berdo’a pada Ilahi, Semoga Roh mu sentiasa dicucuri, Rahmat kasih dari Ilahi… Ya rabbul izzati….

Petikan asal dari sahabat AlFalah 'Asyraf Hussin'.
Teruskan Perjuangan Buat Sahabat-Sahabat AlFalah JatiDiri

No comments: