Tuesday, September 23, 2008

Tazkirah dan Doa serta Asma' Husna

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat....

Ya Allah...penuhkan hidupku dengan amalan dan muliakanku dengan diterima semua permintaan..,wahai Tuhan yang tidak disibuk oleh permintaan orang meminta...

Ya Allah Ya Tuhanku....berilah rezekindan ganjaranLailatul Qadar kepada ku..ubahkanlah perkara yang sulit menjadi perkara yang mudah... Ya Allah,makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosaku......

Ya Rahman Ya Rahim.....sediakan bagiku keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaranMu... Ya 'Alim Ya Karim...Bimbinglah aku menuju keredhaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu...

Ya Allah Ya Mughni.....Berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu Ya Allah "Azim Ya Karim...

Ya Fatahu Ya 'Alim...Bukakanlah bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagi ku pintu-pintu neraka jahanam. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Qur'an Mu...

Ya Allah...Bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya Ya Rahman Ya Magfirah....Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya dan berilah aku zikir unruk mengingati Mu secara berterusan...

Ya Ghafu Ya Afuwwu....Janganlah aku dihina kerana maksiatku dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu yang pedih itu....Jauhkan aku dari sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu...

Ya Allah Ya Rahim....Tempatkan aku di kalangan orang-orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang soleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya'...

AZAB TIDAK SOLAT


Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-


· Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
· Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

· Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-


· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

· Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
· Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
· Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

Solat Tidak Di Terima Allah

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Thursday, September 11, 2008

MUKJIZAT AZAN

Azan adalah laungan yang sangat mulia di sisi Ilahi dan hebatnya Allah menjadi masuk waktu azan ini berbeza-beza di setiap negara. Untuk pengatahuan kita manusia yang kerdil dan lemah, sebenarnya azan yang dilaungkan di seluruh negara oleh mua'zzin ( bilal ) adalah bersahut-sahutan sehingga 24 jam tanpa henti-henti...Dari Subuh ke Subuh...Dari Sumatera ke Malaysia ke negara-negara lain sehinggalah ke sumatera sampailah ke hari kemusnahan....


Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak
.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.


Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! serahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAQWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,

tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu

lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan

bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang

berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya .

PERKAHWINAN

7 'C' SEBAB SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadillah Kamsah )
Untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri ...

C1. CABAR

Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...<---suami yg cabar dulu kan nak cari isteri lain so isteri pun jawab lah 'KALAU BERANI CUBALAH'

C2. CABUL

Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua.

C3. CELUPAR

Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ... (ye ke org perempuan je)

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...(yelah takkan nak masak kat dapur nak melawa mcm nak pegi keje so para suami cari maid buat keje dapur isteri boleh melawa sentiasa)

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ... (lebih teruk dr tak cemburu langsung tau)

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat (alaa klu suami cerewet bab makan tu.. pening kepalo isteri nak masak apo)

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...( tolong lah isteri sama buat benda tu gerenti isteri tak buat cincai)

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ...
yg ini setuju mmg sifat wanita seharusnya begitu

TANGGUNGJAWAB SUAMI

SIAPA ITU SUAMI......?


Menjadi pemimpin anak isteri di dalam rumah tangga.

Mengajarkan ilmu fardhu ain (wajib) kepada anak isteri yaitu ilmu tauhid, fiqih dan tasawuf.

Ilmu tauhid diajarkan supaya aqidahnya sesuai dengan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Ilmu fiqih diajarkan supaya segala ibadahnya sesuai dengan kehendak agama.

Ilmu tasawuf diajarkan supaya mereka ikhlas dalam beramal dan dapat menjaga segala amalannya daripada dirosakkan oleh rasa riya', bangga, menunjuk-nunjuk dan lain-lain.

Memberi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal dari wang dan usaha yang halal.

Ada ulama berkata:
‘Sekali memberi pakaian anak isteri yang menyukakan hati mereka dan halal maka suami mendapat pahala selama 70 tahun.”

Tidak menzalimi anak isteri yaitu dengan:
Memberikan pendidikan agama yang sempuma. Memberikan nafkah lahir dan batin secukupnya.

Memberi nasihat serta menegur dan memberi panduan/ petunjuk jika melakukan maksiat atau kesalahan. Apabila memukul jangan sampai melukakan (melampaui batas).

Melayani isteri dengan sebaik-baik pergaulan.

Memberi nasihat jika isteri gemar mengumpat, mengomel serta melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perintah agama

Memaafkan keterlanjurannya tetapi sangat memperhatikan kesesuaian tingkah lakunya dengan syariat.

Berbicara dengan isteri dengan lemah-lembut.

Kurangkan perdebatan dan Memelihara maruah mereka.

Insyallah Keluarga Bahagia , aman dan redhai Allah senangtiasa…Amin